KUALA LUMPUR:Punca kejatuhan sebenar Pakatan Harapan (PH) adalah kerana Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri tanpa berbincang dengan pemimpin komponen lain, tegas Datuk Seri Mohd Shamsul Iskandar Md Akin.
Naib Presiden PKR itu berkata, keputusan Dr Mahathir berbuat demikian merupakan fakta yang telah diketahui sekian lama oleh rakyat.
Bahkan, tegas beliau, tindakan Dr Mahathir yang cuba meletakkan kesalahan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai punca utama kejatuhan PH merupakan ‘sangkaan jahat’.
“Rakyat Malaysia sudah tahu PH jatuh apabila Mahathir sendiri meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Dan yang menjadi parah lagi apabila keputusan beliau letak jawatan itu, pada pandangan saya, tidak ada perbincangan di kalangan pimpinan tertinggi PH.
“Ini tentunya melanggar prinsip musyawarah yang sepatutnya dihayati dan saya yakin Mahathir sebagai orang lama dalam politik faham prinsip ini. Namun, tindakannya itu telah menimbulkan prasangka cukup besar, dilakukan tanpa mengambil kira pandangan dan pendapat rakan-rakan komponen PH,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
BACA: Pakatan Harapan jatuh sebab Anwar Ibrahim dipilih sebagai PM - Tun M
Terdahulu, Dr Mahathir dalam catatan terbaharu di blognya berkata, sebab yang benar-benar menjatuhkan PH adalah tindakan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri ketika membuat pengakuan di hadapan Yang di-Pertuan Agong pada Februari 2020.
Ahli Parlimen Langkawi itu mendakwa, sekiranya pada waktu itu pemimpin PH sepakat memilih namanya sebagai Perdana Menteri, segala-galanya yang terjadi sekarang tidak akan berlaku.
“PH yang sepatutnya cadang saya, telah cadang Anwar konon kerana beliau mendapat cukup bilang disebabkan sokongan dari Sabah dan Sarawak.
“Tetapi Anwar hanya dapat 92 pencalonan dari PH sahaja. Sabah dan Sarawak tolak Anwar. Saya dapat 62 pencalonan kerana PH tolak saya,” dakwa Dr Mahathir.
Mengulas lanjut, Shamsul Iskandar, yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya berkata, yang benar-benar mengetahui jumlah sokongan sebenar untuk menjadi Perdana Menteri ketika itu, hanyalah Yang di-Pertuan Agong.
Biarpun begitu, beliau berkata, pimpinan kanan PH sudah yakin majoriti ketika itu sudah memihak kepada Anwar.
“Tiada siapa tahu jumlah yang menandatangani akuan bersumpah di hadapan YDP Agong, kecuali Pejabat Istana Negara, khususnya Tuanku sendiri. Kerana kita tanda tangan akuan bersumpah di hadapan Tuanku.
“Kita tanda tangan dokumen, letak nama atau apa saja kita nak letak dalam kolum itu disaksikan YDP Agong. Tiada siapa tahu jumlah… tetapi kami yakin majoriti kepada Anwar Ibrahim,” katanya lagi.
Selain itu, Shamsul Iskandar berkata, sekiranya Dr Mahathir berpegang kepada janjinya untuk menyerahkan jawatan kepada Anwar mengikut apa yang telah dipersetujui, perkara itu tidak akan timbul.
Menuju ke hadapan, beliau berkata, peristiwa itu sepatutnya menjadi pengajaran kepada PH serta gabungan parti politik akan datang, bahawa amat penting untuk mempertahankan muafakat yang telah dipersetujui.
“Kalau tidak Keadilan (PKR) juga boleh pecahkan janji muafakat itu kerana selepas sahaja Pilihan Raya Umum ke-14, yang menjadi pilihan untuk jadi Perdana Menteri waktu itu ialah Presiden Keadilan iaitu Dr Wan Azizah.
“Tapi kerana muafakat, janji tetap janji...maka apabila Dr Mahathir bila kita kata diumumkan jadi calon Perdana Menteri, kita terus berpegang kepada keputusan itu,” kata beliau lagi.
Firdaus Azil
Fri Feb 05 2021
Datuk Seri Mohd Shamsul Iskandar Md Akin menegaskan, tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri tanpa berbincang dengan pemimpin komponen lain merupakan fakta yang telah diketahui oleh rakyat. - Gambar fail
SPRM terima aduan baharu berkaitan isu kontrak suami Hannah Yeoh
SPRM menerima beberapa aduan baharu berkaitan isu kontrak yang diterima oleh suami Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh daripada kerajaan Selangor.
Ketua sindiket antara 14 ditahan, dadah RM11.6 juta dirampas
Polis menahan 14 individu termasuk seorang ketua sindiket dan merampas dadah bernilai RM11.6 juta, dalam serbuan di sekitar Johor Bahru.
Suami isteri maut gara-gara kereta masuk laluan bertentangan
Kereta Proton Saga yang dipandu pelajar lelaki berusia 20 tahun telah masuk ke laluan bertentangan dan melanggar motosikal dinaiki mangsa.
Polis kesan suspek kes kucing dibungkus dalam guni dan dibuang ke sungai
Polis sedang mengesan suspek kes kucing dibungkus dalam guni dan dibuang ke sungai di Jalan Kota Giam, Jelutong, di George Town semalam.
Tumpahan minyak lori terbakar hampir sebabkan gangguan air di Selangor
Tumpahan minyak daripada kenderaan itu berisiko menyebabkan pencemaran kepada sumber air berhampiran Sungai Lamiar dan seterusnya ke Sungai Labu, Selangor.
Raikan perpaduan, teras ke arah kemakmuran bersama
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan selamat Hari Gawai Dayak kepada seluruh masyarakat Dayak khususnya di Sarawak dan di mana sahaja mereka meraikan perayaan itu.
Alena & Velvet ajak anda 'berjugit' Gawai ini
Pemain sape Alena Murang dan penyanyi Velvet Aduk mengajak anda 'berjugit betanda' sempena kemeriahan sambutan pesta menuai kali ini. 'Berjugit Betanda Menari' lagu rancak yang disulamkan dengan rentak etnik ini adalah karya pertama dua duo ini yang turut dinyanyikan dalam bahasa Iban dan Dusun.
Majikan perlu awasi pekerja, walaupun bekerja dari rumah
Perkara ini selaras dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 yang dipinda, yang mula berkuat kuasa hari ini.
Ibu bapa diugut bunuh, Iman Troye tidak buat laporan polis
Kerap menjadi mangsa buli siber, penyanyi Iman Troye mengakui pernah berdepan ugutan bunuh terhadap kedua-dua ibu bapanya.
Remaja maut dua motosikal bertembung
Nahas meragut nyawa seorang pembantu kedai makan, Amirul Amin Abdussalam, akibat cedera parah pada kepala dan anggota badan.
'Langkah Dubai hanya angan-angan Mat Jenin' - Shamsul Iskandar
Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk itu berkata, tindakan tersebut tidak mempunyai asas sama sekali kerana sokongan terhadap Anwar masih utuh.
Jika jujur, biar siasatan dimulakan terhadap Tun Mahathir terlebih dahulu - Shamsul Iskandar
Shamsul Iskandar berkata, jika Dr Mahathir benar-benar jujur, SPRM boleh memulakan siasatan terhadap kekayaan anak-anaknya terlebih dahulu.
Punca utama kejatuhan PH sebab Dr Mahathir letak jawatan tanpa berbincang - Shamsul Iskandar
Tindakan Dr Mahathir meletakkan kesalahan ke atas Anwar Ibrahim sebagai punca utama kejatuhan PH merupakan 'sangkaan jahat', kata Shamsul Iskandar.
Nasihat Anwar pada Azmin, ambil cuti jika video intim sahih
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat Timbalannya, Datuk Seri Azmin Ali perlu ambil cuti jika video intim yang mengaitkannya sahih.
Video Intim: Keluarga tidak tahu di mana Haziq berada - Shamsul Iskandar
Video Intim: Keluarga Haziq tidak tahu dimana beliau, dia jalankan tugas dengan baik - Shamsul
Isu minyak sawit: Kita anggap ini jihad melawan persepsi negatif - Shamsul Iskandar
Malaysia tegas akan memperjuangkan komoditi itu kerana ia merupakan antara hasil utama negara, serta melibatkan ramai pekerja.
Selepas PH menang, kepimpinan PKR lebih berat tanggungjawabnya - Tian Chua
Ahli-hali PKR perlu memastikan kepimpinan parti era Malaysia Baharu perlu dapat mengatasi segala cabaran.
Ahli Parlimen Bukit Katil didakwa berhubung Blackout 505
Dia didakwa menyertai perhimpunan yang diadakan di tempat larangan iaitu dalam perkarangan Masjid Ar-Rahman Universiti Malaya pada 22 Jun.